Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Jika anda terlepas

28 Februari 2021 | #ICYMI
A
A
A
401,105 calon SPM duduki peperiksaan dalam suasana luar biasa, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam keluarkan waran tangkap terhadap Sajat dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului suntikan vaksin di Malaysia antara yang mungkin anda terlepas minggu ini.

Seramai 401,105 calon akhirnya duduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada 22 Februari lalu selepas dua kali peperiksaan itu ditangguhkan.

Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada 23 Februari keluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang dikenali sebagai Sajat yang gagal hadir prosiding kes berpakaian menyerupai wanita tiga tahun lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi individu pertama di negara ini disuntik vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 24 Februari 2021.

Berita penuh di sini

Muzik: https://artlist.io dan Bensound.com

Untuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik linkin.bio/sinarharian di Bio link kami.