Gudang perabut dan kotak musnah terbakar

Gudang yang menyimpan bahan mudah terbakar menyebabkan api marak dan merebak cepat.
Gudang yang menyimpan bahan mudah terbakar menyebabkan api marak dan merebak cepat.
A
A
A

BUTTERWORTH - Dua buah gudang menyimpan kotak dan perabut di Jalan Telaga Air di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada malam Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 11.57 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Butterworth bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika anggotanya sampai di lokasi, didapati api sedang marak hingga menyebabkan hampir keseluruhan gudang kelas C berkeluasan 100 kaki persegi itu terbakar.

"Disebabkan gudang terbabit menyimpan bahan mudah terbakar seperti kotak dan perabut menyebabkan api merebak dengan pantas dan marak.

"Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal 40 minit kemudian dengan kemusnahan kebakaran 90 peratus pada bangunan setor simpanan terbabit,"katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jurucakap berkenaan berkata, dengan bantuan beberapa pasukan bomba sukarela berhampiran akhirnya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak forensik kebakaran sedang menyiasat punca dan jumlah kerugian akibat kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!