Sarawak benarkan aktiviti sukan, rekreasi

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Sarawak membenarkan semua aktiviti sukan dan rekreasi bagi tujuan latihan, permainan dan perlawanan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, mulai hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagaimanapun berkata, kesemua aktiviti berkenaan perlu dijalankan tanpa membabitkan kehadiran penonton.

“Penganjuran kejohanan atau pertandingan di negeri ini adalah tertakluk kepada kelulusan kementerian saya dengan memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“(Bagaimanapun) kebenaran menggunakan fasiliti sukan oleh orang awam adalah terhad dengan surat sokongan daripada KBSS (Kementerian Belia dan Sukan Sarawak) dan JPBN,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Karim dalam pada itu menegaskan aktiviti yang melibatkan penyertaan orang ramai seperti larian ria, “fun ride”, maraton dan triatlon, adalah tidak dibenarkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!