Raja dadah Mexico, 'El Chapo' didapati bersalah
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Ketua kartel dadah Mexico, Joaquin 'El Chapo' Guzman didapati bersalah atas beberapa tuduhan termasuk pengedaran dadah, pemilikan senjata serta penggubahan wang haram.
Dalam perbicaraan di Brooklyn, New York yang diketuai Hakim Brian Cogan, juri sebulat suara menjatuhkan sabitan bersalah ke atas Guzman, sekali gus menyaksikannya berdepan hukuman penjara seumur hidup.
Guzman dilihat tenang ketika keputusan mahkamah dibacakan semalam, manakala peguamnya memaklumkan akan merayu keputusan terbabit.
El Chapo, 61, merupakan ketua kartel dadah Sinaloa di utara Mexico yang juga pembekal terbesar dadah ke Amerika Syarikat (AS).
Dia ditahan pada Januari 2016 selepas melarikan diri dari sebuah penjara di Mexico lalu diekstradisi ke Amerika Syarikat pada 2017. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!