Hanya RM45 untuk tiga tub!
NIMS ADELICIOUSZ menawarkan produk Crispy Choco Tub Siri Pelangi pada harga RM45 untuk tiga tub (bekas) sempena FB Live Peraduan PKPNimsXSinar Siri Keempat oleh pengasasnya, Tengku Norhanim Tengku Othman pada Ahad lalu.
Pada sesi siaran langsung itu, Tengku Norhanim mendedahkan siri keempat peraduan itu turut menawarkan hadiah keseluruhan RM150,550 bagi edisi warna biru.
Menurutnya, harga asal Crispy Choco Tub Siri Pelangi itu adalah RM17 untuk satu tub tetapi hanya dijual RM45 bagi tiga tub untuk di Semenanjung Malaysia dan RM50 untuk di Sabah dan Sarawak.
“Pakej kombo ini membolehkan anda campurkan warna tub yang diinginkan. Setakat ini, kita mengeluarkan empat warna produk Crispy Choco Tub Siri Pelangi iaitu kuning, merah, hijau dan biru.
“Istimewanya kali ini, kami juga mempertingkatkan kualiti balutan produk ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Program itu dikendalikan Tengu Norhanim bersama ‘Master Leader’ NIM ADILICIOUSZ, Muhammad Hafifi Abdul Aziz.
Selepas ini, pihaknya akan mengeluarkan tiga lagi warna bagi produk Crispy Choco Tup Siri Pelangi yang seharusnya direbut oleh orang ramai.
Pada program tersebut juga, Tengku Norhanim mengumumkan tujuh nama pemenang Kategori Live sesi lepas iaitu Edisi Hijau yang berjaya memenangi hadiah wang tunai RM100 setiap seorang.
Pemenangnya ialah Zahirah Mohammad Khalid dari Senai, Johor; Mohd Ridzwan Sihan (Simpang Empat, Pulau Pinang); Nazihah Suhaimi (Klang, Selangor) dan Aida Syafiq Sayed Azmi (Dungun, Terengganu).
Turut bergelar pemenang ialah Sub Zurin (Pekan Meru, Klang); Muhammad Raiz (Alor Gajah, Melaka) dan Nor Samsurina Samsuddin (Tanah Merah, Kelantan).
Kategori Rakam dan Kongsi Video (Siri Warna) pula menyaksikan pengguna Instagram yang menggunakan nama Sameer_Amer23 menggondol hadiah utama berupa wang tunai RM1,000.
Tempat kedua pula dimenangi Muizzuddin Hafizah dengan memperoleh hadiah RM700 diikuti tempat ketiga _Fareast96 yang membawa pulang wang tunai RM300.
Lima peserta yang memenangi hadiah saguhati pula adalah Melissa Sofia, Nizaosolari, Nurul Faez, Ahlanmirzaahmad dan Mnnazerirazak.
Keadaan lebih mendebarkan apabila Tengku Norhanim dan Muhammad Hafifi melakukan cabutan bertuah untuk menentukan pemenang Kategori Kumpul dan Menang (Siri Warna Merah) bagi kategori di dalam akhbar.
Juara kategori yang bertuah membawa pulang wang tunai RM1,000 adalah Nur Amanina Azman dari Tangkak; Johor diikuti tempat kedua, Muhammad Zaim Aghni dari Banting, Selangor (RM700) dan tempat ketiga, Mohd Faiz Ab Aziz dari Shah Alam, Selangor (RM500).
Lima pemenang sagu hati yang masing-masing menerima hadiah tunai RM200 adalah Mohd Faizal Ismail dari Gemas, Negeri Sembilan), Wan Aniq Zulkarnain Wan Yusmanydair (Bentong, Pahang), Mohd Adli Mohamed Zailani (Sungai Besar, Selangor), Noradelena Esa (Kuala Kangsar, Perak) dan Nurulain Muhamad Snin.
Sementara itu, di penghujung program, Tengku Norhanim turut mengumumkan ‘NIMS #ONLYTHEBEST’ sebagai ‘keyword’ (kata kunci) untuk peraduan Kategori Sesi Live yang menawarkan hadiah wang tunai RM100 kepada pemenang.
Untuk menyertai peraduan itu, peserta hanya perlu ‘share live’ itu dan ‘tag’ sekurang-kurangnya lima rakan dan membuat tangkap layar ‘keyword’ sebelum dihantar ke WhatsApp bernombor 018-777 4753 atau 018-7777 4753.
Tengku Norhanim berkata, pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam peraduan itu membolehkan orang ramai merebut wang tunai dengan sangat mudah.
“Saya menyeru orang ramai rebutlah peluang untuk sertai peraduan ini. Mana tahu ada tuah anda untuk menang hadiah.
“Produk NIMS ADIKICIOUSZ boleh didapati dengan ejen kita yang berdekatan. Setakat ini kita mempunyai sebanyak 6,500 ejen di seluruh negara,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!