Perkeso umum pengecualian FCLB

Mohammed Azman mengibarkan bendera sebagai simbolik Pra-Pelancaran Sambutan Jubli Emas Perkeso yang diadakan secara maya pada Isnin.
Mohammed Azman mengibarkan bendera sebagai simbolik Pra-Pelancaran Sambutan Jubli Emas Perkeso yang diadakan secara maya pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mengecualikan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) kepada majikan yang membuat pendaftaran mulai Isnin hingga 30 Jun depan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pengecualian itu terpakai kepada pendaftaran di bawah kedua-dua Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Katanya, bagi majikan yang telah melewati tempoh tersebut pula, diskaun akan diberikan kepada kompaun yang dikenakan.

“Kedua-dua insentif ini merupakan penghargaan daripada Perkeso bersempena sambutan Jubli Emas pertubuhan ini atas kerjasama dan sokongan majikan-majikan di seluruh negara selama ini.

“Ia juga bertujuan meringankan beban kewangan majikan kerana Perkeso sedia maklum kesukaran dihadapi majikan dalam situasi pandemik Covid-19,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Jubli Emas Perkeso bertemakan ‘Prihatin Lima Dekad dan Selamanya’ secara maya pada Isnin.

Mohammed Azman
Mohammed Azman

Pendaftaran majikan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal ASSIST dengan melayari www.perkeso.gov.my.

Sehingga 31 Disember 2020, sejumlah 487,706 majikan aktif berdaftar di bawah Akta 4 dengan 8.57 juta pekerja kini mendapat perlindungan Perkeso.

Artikel Berkaitan:

“Perkeso telah memperluaskan skop liputan Akta 4 kepada pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2019, di mana seramai 1.6 juta pekerja asing telah didaftarkan sehingga kini.

Menurutnya, sekiranya didakwa di mahkamah dan disabit kesalahan, majikan boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohammed Azman menegaskan, majikan juga akan dikenakan faedah pada kadar enam peratus setahun di atas caruman yang lewat dibayar jika lewat mendaftar dalam tempoh ditetapkan.

“Sejak tahun 2010 hingga 31 Disember 2020, sebanyak 17,471 kes telah diterima untuk didakwa di bawah Akta 4 atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Sempena sambutan ulang tahun ke-50, Perkeso menyediakan pelbagai acara menarik yang disasarkan untuk semua lapisan masyarakat.

Antaranya Pertandingan Fotografi ‘Perkeso Graphy’, Pertandingan Mencipta Jingle, Pertandingan Debat, Pidato dan Deklamasi Sajak, Anugerah Media serta Karnival Penjana Kerjaya 50 Tahun Perkeso.

Program-program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) juga diatur seperti ‘Clean The Planet’, Program Bersama Ibu Tunggal, Anak Angkat Perkeso dan Jelajah Prihatin di samping Kaji Selidik Kesedaran dan Kualiti Perkhidmatan Perkeso.

Katanya, kemuncak kepada acara sambutan ialah Gala Dinner bagi meraikan pemegang taruh seperti majikan selain mereka yang berjasa sepanjang 50 tahun pewujudan Perkeso.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!