Sasar lebih 15,000 pengunjung: Exco

Teo Kok Seong dan Nicole menunjukkan risalah program sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan, semalam.
Teo Kok Seong dan Nicole menunjukkan risalah program sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan, semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri menyasarkan lebih 15,000 pengunjung hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Centrio Seremban 2 pada 17 Februari ini.

Sambutan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri barisan menteri Kabinet yang lain.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong berkata, Negeri Sembilan sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah selepas kali terakhirnya menganjurkannya pada 20 tahun lalu.

"Pelbagai program mesra rakyat dan perpaduan kaum diadakan bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan ini.

"Selain persembahan artis, aktiviti seperti pertandingan peragaan Ceongsam, senaman Zumba, CNY Idol turut diadakan sepanjang berlangsungnya program bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam," katanya dalam satu sidang media, semalam.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon.

Sementara itu, Nicole berkata, buat julung-julung kalinya semua Exco Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun akan mengikuti program Titik Sentuhan bagi bertemu dengan kira-kira 300 warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sikamat pada jam 5 petang.

Katanya, pertemuan tersebut adalah untuk meraikan golongan berkenaan agar dapat bersama-sama menikmati sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam kita bergembira, kita juga tidak akan melupakan mereka yang kurang upaya.

"Kita anjurkan satu program khas ini untuk membolehkan semua pemimpin PH menyantuni warga emas di pusat tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!