22 pekerja asing hilang dari asrama berjaya dijejaki

A Asmadi
A Asmadi
A
A
A

IPOH - Seramai 22 daripada 23 pekerja warga asing yang dilaporkan hilang ketika pemeriksaan Covid-19 di sebuah asrama pada Isnin, sudah dapat dijejaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua mereka ditemui malam Isnin dan terus dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Menurutnya, pekerja berkenaan bukanlah bertindak melarikan diri, sebaliknya tidak dapat dihubungi kerana tinggal di alamat lain.

"Hari ini (Selasa) kesemua mereka akan dipindahkan ke PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang," katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan kedudukan seorang lagi pekerja.

"Kemungkinan pekerja ini juga berada di alamat lain, usaha mengesannya sedang dalam tindakan," katanya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan polis sedang mengesan 23 pekerja asing di kilang pakaian antarabangsa Emerald Garments yang tidak berada di asrama ketika penutupan kilang dibuat berikutan penularan wabak Covid-19.

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan ke atas asrama pekerja kilang itu di Flat Anjung Tawas Damai, Tasek berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 susulan saringan yang dilakukan bermula 23 Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari 23 pekerja kilang 'hilang'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!