Suntikan vaksin Covid-19
02 Mac 2021 05:13pm
Masa membaca: 4 minit
Vaksin COVID-19 yang digunakan jururawat semasa melakukan proses suntikan vaksin kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19, Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
Jururawat Hospital Pulau Pinang (HPP), A.Caroline merakam gambar kenangan rakan setugas D.Amurtha (kiri) dan Aina Munirah Abu Hassan (dua, kiri) selepas mereka mendapat suntikan Vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 , HPP hari ini.
Petugas-petugas Hospital Pulau Pinang (HPP) yang menerima suntikan Vaksin Covid-19 dipantau di sebuah bilik pemantauan sebelum dibenarkan keluar dari Pusat Pemberian Vaksin Covid-19, HPP hari ini.
Penolong Pegawai Perubatan, Amirul Aziz Abd Malek menunjukkan aplikasi Mysejahtera yang memaparkan dos pertama suntikan vaksin Covid-19 dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19, Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
Penolong Pegawai Perubatan, Amirul Aziz Abd Malek (kanan) menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 , Hospital Pulau Pinang HPP hari ini.
Seramai 288 petugas HPP disuntik vaksin Covid-19 setiap hari bermula semalam dengan sebanyak 48 botol vaksin digunakan kepada barisan hadapan dan seramai 5,000 kakitangan HPP akan menerima suntikan vaksin dos pertama yang dijangka selesai pada minggu ketiga bulan ini.