Tinjauan udara cuaca kering dan kebakaran
02 Mac 2021 08:53pm
Masa membaca: 4 minit
Pengarah Bomba Johor Datuk Yahaya Madis kelihatan meninjau keadaan pemandangan dari udara di sekitar kawasan Muar dan Johor Bahru.
Keadaan pemandangan dari udara di sekitar kawasan Muar dan Johor Bahru yang mengalami panas berpanjangan serta terdapat aktiviti pembakaran terbuka dilihat sebagai punca kebakaran berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.
Keadaan pemandangan dari udara di sekitar kawasan Muar dan Johor Bahru yang mengalami kesan kebakaran akibat panas yang berpanjangan ketika tinjauan udara di sekitar Muar dan Johor Bahru.
Tinjauan dilakukan di sekitar Muar dan Johor Bahru dengan menaiki sebuah helikopter AW 139 dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).Kebakaran kebun dan ladang seluas 20 hektar di Parit Haji Zain dan Parit Haji Lajis Muar sejak 27 Februari lalu kini berjaya dipadamkan sebanyak 50 peratus meskipun cuaca panas dan kering terus melanda daerah itu.
Selain Muar, kawasan lain yang turut terlibat ialah kawasan ladang dan kebun di Pontian dan Batu Pahat.