ATM Guardians, Penang Black Panthers catat kemenangan

Pemain ATM Guardians melakukan libasan sambil cuba dihalang oleh pemain Kelantan Warriors.
Pemain ATM Guardians melakukan libasan sambil cuba dihalang oleh pemain Kelantan Warriors.
A
A
A

ATM Guardians dan Penang Black Panthers masing-masing mencatatkan kemenangan pada hari ketiga saingan Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup di Iskandar Malaysia Studios, pada Selasa.

Aksi pertama menyaksikan ATM Guardians tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kelantan Warriors 21-11, 21-8.

Seterusnya aksi kedua, menyaksikan Penang Black Panthers menewaskan Negeri Sembilan Antlers 21-18, 21-15.

Pemain Penang Black Panthers cuba menghalang
Pemain Penang Black Panthers cuba menghalang

STL Champions Cup yang bermula pada 10 Januari dan dijangka berakhir pada 26 Januari ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor mulai 13 hingga 26 Januari.

STL Champions Cup 2020 terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A yang menampilkan Kuala Lumpur Thunder, Bomba Fighter, Johor Tigris dan Putrajaya Cyborg manakala Kumpulan B pula menampilkan ATM Guardians, Kelantan, Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!