Budak 2 tahun mati lemas dalam besen rumah pengasuh

Mangsa dipercayai maut selepas lemas dalam besen di rumah pengasuhnya.
Mangsa dipercayai maut selepas lemas dalam besen di rumah pengasuhnya.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Bayan Lepas pada Selasa.

Mangsa, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial dipercayai menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pagi Rabu.

Nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Wan mengakui terkejut dengan kejadian yang menimpa cucunya itu.
Nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Wan mengakui terkejut dengan kejadian yang menimpa cucunya itu.

Nenek mangsa yang hanya dikenali sebagai Wan berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucunya itu selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya.

“Ketika dihubungi anak lelaki, saya berada di Taiping. Saya terus bergegas dari Taiping ke Hospital Pulau Pinang selepas mengetahui kejadian ini.

“Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana cucu saya sudah lama berada dalam jagaan pengasuh itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Rabu.

Difahamkan, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik yang mana, ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!