10 maut kapal terbang terhempas di Sudan Selatan

Nahas berlaku ketika pesawat penerbangan South Supreme Airlines HK-4274 dalam perjalanan ke ibu negara Juba dari bandar Pieri di negeri Jonglei.
Nahas berlaku ketika pesawat penerbangan South Supreme Airlines HK-4274 dalam perjalanan ke ibu negara Juba dari bandar Pieri di negeri Jonglei.
A
A
A

JUBA - Sebuah pesawat komersial terhempas pada Selasa malam di Sudan Selatan mengakibatkan semua 10 penumpang maut, menurut Gabenor negeri Jonglei.

Mangsa termasuk lapan penumpang dan dua juruterbang. Nahas berlaku ketika pesawat penerbangan South Supreme Airlines HK-4274 dalam perjalanan ke ibu negara Juba dari bandar Pieri di negeri Jonglei, kata Denay Jock Chagor.

"Doa kami bersama keluarga mangsa. Saya bagi pihak rakyat Jonglei dan negara, mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa.

"Berita kemalangan pesawat South Supreme Airlines yang berlaku pada 2 Mac 2021 sekitar jam 5 petang di Pieri Airstrip ini sangat mengejutkan,” katanya dalam perutusan takziah dikeluarkan pejabatnya.

Menurut Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Juba, Kur Kuol kepada Agensi Anadolu, maklumat yang diterima melaporkan pesawat komersial itu terhempas di bandar Pieri, Jonglei ketika dalam penerbangan ke Juba.

Katanya, pesawat itu terhempas sejurus berlepas pada 5 petang waktu tempatan (1500GMT). Pesawat malang itu terhempas di wilayah yang tidak mempunyai rangkaian liputan, menyebabkan sukar untuk mengesahkan jumlah sebenar korban, tambahnya.

Syarikat penerbangan gagal dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai kejadian itu.

Ini kejadian kedua melibatkan pesawat dikendalikan syarikat penerbangan wilayah. Nahas pertama berlaku pada 2017 ketika pesawat South Supreme Airlines terbakar dan melakukan pendaratan cemas, tetapi tiada kematian dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!