JKM cari ibu, waris Aisyah Umairah

Aisyah Umairah
Aisyah Umairah
A
A
A

SABAK BERNAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sabak Bernam mengesan waris atau keluarga bayi perempuan berusia sembilan bulan.

JKM dalam kenyataannya berkata, bayi yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu dikenali dengan nama panggilan Aisyah Umairah.

Menurut kenyataan itu, ibu bayi itu menyerahkan Aisyah Umairah kepada rakannya dikenali Sunarsih sebelum pulang ke Indonesia.

"Bagaimanapun Sunarsih pula ditangkap dalam satu operasi polis dan menyerahkan bayi itu kepada pihak polis untuk tindakan JKM Sabak Bernam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, bayi itu di bawah jagaan JKM dan sedang dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi tersebut.

"JKM juga membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!