'Tidak sampai pun ancaman itu pada saya'

Abdul Hadi di sidang media selepas berakhir program di PAKR Sungai Kerak, malam tadi.
Abdul Hadi di sidang media selepas berakhir program di PAKR Sungai Kerak, malam tadi.
A
A
A

MARANG - Presiden Pas، Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak terancam dengan pihak yang menyerang Pas termasuk dirinya dengan menggunakan jenama Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menurutnya, beliau tidak terancam dengan isu yang menyerangnya.

"Tidak sampai pun ancaman itu pada saya. Yang ancamannya (ialah) surat khabar, (Amanah) ini bukannya langsung daripada Clare (Rewcastle-Brown).

"Saya tidak tahu sama ada betul daripada dia atau Amanah yang buat berita," katanya di sidang media selepas berakhir program di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Kerak, malam tadi.

Ketika ditanya adakah parti itu tergugat dengan desakan berterusan daripada pihak terbabit, katanya, Pas percaya desakan tersebut bukanlah dari Clare Rewcastle-Brown sendiri.

"Clare tak mengundi di sini. Biarlah dia nak serang pun, apa yang saya tahu bukan dia yang serang tetapi, orang di sini yang serang, dia pakai jenama (Rewcastle-Brown) sahaja," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas tidak akan melayan sebarang desakan pihak terbabit memandangkan segala tuduhan dibuat adalah untuk menjatuhkan parti itu dalam PRU14 lalu.

Menurutnya، tujuan tuduhan dibuat untuk mengalahkan Pas pada PRU14 namun ia gagal kerana parti itu menang di Kelantan dan Terengganu di samping memiliki 90 kerusi Dun manakala 18 kerusi Parlimen.

Artikel Berkaitan:

"Tujuannya ialah untuk kalahkan Pas dan Pas tak kalah...dan ia dianggap (telah) selesai," katanya.

Tambahan katanya, pihaknya dan Editor Sarawak Report itu sudah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah sebagaimana diputuskan 1 Februari lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!