Pergelangan tangan kanan dikelar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
ALOR SETAR - Seorang wanita warga Indonesia kerugian RM900 selain mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanannya akibat dikelar dalam satu kejadian ragut di Jalan Ambangan Height, di belakang Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian pada 10.52 malam itu berlaku ketika wanita berusia 30-an yang juga pemastautin tetap negara itu sedang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Beliau berkata, ketika melalui jalan itu, sebuah motosikal jenis Honda EX-5 yang dinaiki dua lelaki berumur dalam lingkungan 20an tiba-tiba memotongnya, sebelum mereka berpatah balik menuju ke arah wanita itu, dan meragut beg silang yang dipakainya, menyebabkan dia terjatuh.

“Salah seorang suspek kemudian bertindak mengelar tangan kanan wanita itu menggunakan objek tajam menyebabkan terkena urat nadi.

Wanita itu tidak dapat mengecam suspek kerana mereka memakai topi keledar bertutup selain keadaan jalan yang gelap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Artikel Berkaitan:


Adzli berkata, wanita itu dibawa ke HSAH untuk rawatan lanjut dan polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!