Pulang Pinang benarkan aktiviti imarah masjid, surau

kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) pada Khamis.
kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) pada Khamis.
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu untuk menjalankan aktiviti pengimarahan masjid seperti kuliah subuh, kuliah duha dan kelas pengajian agama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) dalam pekeliling yang dikeluarkan pada Khamis turut membenarkan majlis akad nikah, program bantuan kebajikan serta khidmat nasihat diadakan di masjid dan surau.

Selain itu, solat Jumaat dan solat fardu di semua masjid serta surau Jumaat dibenarkan dengan kadar bilangan jemaah mengikut keluasan masjid dan ruang yang bersesuaian dengan mengambil kira penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Turut dibenarkan perlaksanaan solat jenazah bukan Covid-19 di masjid dan surau mengikut keluasan ruang solat dan aktiviti menziarahi kubur dengan pengamalan kendiri juga dibolehkan.

Sementara itu, Pengarah JHEAINPP Mohd Zakuan Zakaria berkata, ketetapan itu dibuat melalui perbincangan dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 2 Mac lalu.

"Arahan perlaksanaan aktiviti masjid dan surau ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa secara berperingkat tertakluk kepada situasi semasa wabak Covid-19.

"Garis panduan ini akan dikuatkuasakan bermula esok (Jumaat)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!