Pas ada 'ramuan, dapur sendiri' satukan UMNO, Bersatu

 Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas kekal dengan pendirian untuk memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN), kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Bahkan beliau berkata, parti berkenaan mempunyai 'ramuan dan dapur sendiri' untuk menyatupadukan semua parti dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam seperti digariskan pemimpin tertinggi parti.

"Pas ada 'ramuan dan dapur sendiri' sebagai strategi menyatukan umat antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), NGO Melayu dan NGO Pas dan akan 'memasak' di dapur sendiri.

"Itu yang ditegaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Semua ahli dan pimpinan Pas terikat dengan apa yang digariskan oleh Tuan Guru Presiden sebagai hala tuju Pas," katanya pada Khamis.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian mengulas langkah UMNO yang mengambil pendirian untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan hanya bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Mohd Khairuddin berkata, Pas percaya satu-satunya kunci kemenangan bagi umat Islam dan Melayu di Malaysia adalah bersatu-padu, tanpa mengira sama ada Bersatu, UMNO atau mana mana NGO lain.

“Kita akan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional dan mempertahankan PN. Namun apa-apa surat yang dihantar oleh UMNO akan dibincangkan di peringkat pimpinan PN,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!