Bapa tembak anak 20 kali

Mustafa berjaya diberkas sebaik insiden berlaku di Balikesir, Turki. Gambar kecil: Gulnur Yilmaz - Foto Daily Mail
Mustafa berjaya diberkas sebaik insiden berlaku di Balikesir, Turki. Gambar kecil: Gulnur Yilmaz - Foto Daily Mail
A
A
A

BALIKESIR - Seorang bapa didakwa membunuh anak perempuannya dengan menembak 20 kali di bahagian kepala dan badan setelah gagal mengetahui lokasi sebenar bekas isterinya berada.

Laporan Daily Mail, Mustafa Ali Yilmaz, 69, merempuh kereta anak perempuannya, Gulnur Yilmaz, 28, di Balikesir, Turki sebelum mengheretnya keluar dari kenderaan terbabit.

Mustafa dikatakan berang kerana Gulnur enggan memberitahu lokasi bekas isterinya hingga memaksa dia menembak anaknya sebanyak 20 tembakan dan 11 peluru mengena kepala mangsa, menurut laporan media tempatan.

Mustafa dan isterinya, Gulden telah bercerai pada Januari 2020.

Sejurus insiden terbabit, Mustafa melarikan diri namun berjaya diberkas polis.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah, Mustafa dilaporkan mengalami masalah mental namun pihak pendakwaan masih menunggu keputusan hospital.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!