Menteri Besar Kelantan masih dirawat di Hospital USM

Wan Roslan Wan Hamat
Wan Roslan Wan Hamat
A
A
A

TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kota Bharu setakat lewat petang Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat berkata, beliau dimaklumkan keadaan Ahmad baik sahaja ketika bercakap menerusi panggilan telefon pada Rabu.

“Beliau baik, cuma dinasihatkan doktor supaya berehat lagi di hospital.

“Jadual beliau padat jadi mungkin tidak cukup rehat. Bagi program Ceria Kembali ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad hari ini (Khamis) saya mewakili beliau,” katanya kepada pemberita di Pasir Pekan pada Khamis.

Ahmad juga ADUN Pasir Pekan itu dimasukkan ke wad Hospital USM Kubang Kerian pada Rabu malam selepas mengadu keletihan dan sakit kepala.

Keadaan Ahmad dijelaskan bukan disebabkan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 di Kompleks Kerajaan, Kota Darul Naim pada Selasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!