'Hero' tunjuk perasaan ves kuning dibicara

RUE
RUE
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Seorang bekas petinju yang menjadi 'hero' protes ves kuning selepas dirakam menumbuk pegawai polis ketika demonstrasi di Paris dibicarakan hari ini, dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Christophe Dettinger, 37, seorang bekas juara tinju kebangsaan dirakam melepaskan beberapa tumbukan terhadap dua pegawai polis ketika perhimpunan ves kuning berhampiran Sungai Seine pada 5 Januari lalu.

Rakaman turut menunjukkan Dettinger menyepak salah seorang pegawai polis yang terjatuh.

Insiden tersebut menimbulkan kemarahan dan kerajaan menyifatkannya sebagai contoh perlakuan ganas oleh penunjuk perasaan ves kuning sejak protes bermula pada November tahun lalu.

Namun, sesetengah penunjuk perasaan menganggap Dettinger sebagai hero kerana berani menentang pihak polis.

Tunjuk perasaan ves kuning bermula susulan bantahan kenaikan cukai bahan api, ia kemudian bertukar kepada protes anti kerajaan dan gaya kepimpinan Presiden Emmanuel Macron.- AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!