Puluhan ribu penduduk pindah di Pasifik susulan amaran Tsunami

Amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk di bandar Whangarei, New Zealand ekoran gempa bumi kuat yang berlaku pada Khamis yang berpusat kira-kira 1,000 kilometer dari perairan pantai negara itu. - Foto Getty Images
Amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk di bandar Whangarei, New Zealand ekoran gempa bumi kuat yang berlaku pada Khamis yang berpusat kira-kira 1,000 kilometer dari perairan pantai negara itu. - Foto Getty Images
A
A
A

WELLINGTON - Puluhan ribu penduduk di tepi pantai New Zealand, New Caledonia dan Vanuatu mencari tempat selamat di kawasan tinggi pada Jumaat selepas satu siri gempa bumi kuat mencetuskan amaran tsunami di Pasifik.

"Ombak tsunami telah dikesan," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) seperti dilaporkan oleh AFP.

Pusat itu mendedahkan ombak tsunami yang berukuran kira-kira tiga sentimeter dekat ibu negara bandar Tonga iaitu Nuku'alofa.

Tsunami menjadi lebih kuat ketika bergerak di lautan dan pusat tersebut memberi amaran beberapa kawasan di Vanuatu dan New Caledonia iaitu jajahan Perancis mungkin dilanda ombak itu setinggi sehingga tiga meter selepas tiga siri gempa bumi kuat berlaku.

Menurut Kajian Geologi AS, satu gempa bumi kuat berlaku kira-kira 1,000 kilometer dari perairan pantai New Zealand pada pukul 8.28 pagi Khamis.

Tidak ada kecederaan atau kerosakan dan kematian dilaporkan ekoran gempa bumi tersebut.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), gempa bumi tersebut sekuat lapan magnitud selepas berlakunya dua gempa bumi masing-masing dengan kekuatan 7.4 dan 7.2 magnitud.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern adalah antara yang diberikan amaran tentang tsunami itu.

Artikel Berkaitan:

"Harap setiap orang ok di luar sana, terutamanya di Pantai Timur yang dapat merasakan gegaran penuh gempa bumi," katanya yang membuat kenyataan di akaun Instagramnya kira-kira jam 2.27 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menarik balik amaran awal tsunami di kawasan Pulau Utara New Zealand selepas mendapati ancaman tersebut sudah berakhir. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!