Perdana Menteri lawat Perlis, tinjau pembangunan negeri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar sebelum mendengar taklimat taklimat pembangunan negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man pada lawatan kerja di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada Jumaat. - Foto Bernama

A
A
A

KANGAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat mengadakan lawatan kerja ke Perlis bagi meninjau pembangunan negeri.

Beliau dan rombongannya tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Beliau memulakan lawatannya dengan mendengar taklimat pembangunan negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man sebelum menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Arau.

Muhyiddin dan Azlan dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau sebelum Perdana Menteri menghadiri Majlis Perjumpaan Perikatan Nasional (PN) Perlis dan mengakhiri lawatan di Pusat Vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial dekat sini. - Sinar Harian

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!