Mayat kanak-kanak ditemukan dalam perut buaya

Mayat kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan dalam keadaan sempurna dalam perut buaya. - Foto Tribunnews
Mayat kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan dalam keadaan sempurna dalam perut buaya. - Foto Tribunnews
A
A
A

JAKARTA - Mayat kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun ditemukan di dalam perut buaya di Kalimantan Timur selepas disambar reptilia itu dalam satu kejadian di Sungai Tempakul Kampung Muara Bengalon di sini pada Rabu.

Menerusi laporan Tribunnews, mayat itu ditemukan setelah seekor buaya berjaya ditangkap pada Khamis oleh pasukan penyelamat Kutai Timur dibantu pawang buaya.

Ketua pasukan penyelamat Kutai Timur, Bongga Losong berkata, mangsa bersama abang dan bapanya pergi memancing di Sungai Tempakul.

"Namun ketika kejadian itu, mangsa sedang mandi, secara tiba-tiba buaya segera menyambar kanak-kanak terbabit.

"Bapa mangsa cuba menyelamatkan anaknya itu namun sukar kerana buaya berkenaan membawa mangsa tenggelam ke dalam air," katanya.

Bongga berkata, reptilia itu ditemui kurang 100 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat kanak-kanak itu masih sempurna dan telah selamat dikebumikan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!