Covid-19: KKM kesan dua individu dijangkiti Varian Nigeria

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia telah menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia.

Dikenali sebagai B.1.525, varian Nigeria pertama kali dikesan di United Kingdom dan Nigeria pada bulan Disember 2020. Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes berkenaan adalah dari dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif Covid-19 melalui ujian swab RT PCR.

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka," katanya menerusi Twitternya pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!