Bekalan elektrik stabil di pusat penyimpanan vaksin

Kerja-kerja senggaraan melibatkan pencawang dan pembekalan elektrik ke pusat penyimpanan vaksin itu yang dilakukan sejak awal Februari adalah antara aspek kritikal bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Gambar kecil: Wan Nazmy
Kerja-kerja senggaraan melibatkan pencawang dan pembekalan elektrik ke pusat penyimpanan vaksin itu yang dilakukan sejak awal Februari adalah antara aspek kritikal bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Gambar kecil: Wan Nazmy
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan elektrik di Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh semenanjung kekal stabil sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga National Berhad (TNB), Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, ini berikutan penyenggaraan awal oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak hospital dan klinik kesihatan.

Menurutnya, di setiap pusat, kami menempatkan pasukan teknikal untuk melakukan kerja-kerja penyenggaraan awal bagi memastikan bekalan stabil dan jika berlaku gangguan dapat dipulihkan dalam tempoh minimum,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wan Nazmy berkata, kerja-kerja senggaraan melibatkan pencawang dan pembekalan elektrik ke pusat penyimpanan vaksin itu yang dilakukan sejak awal Februari adalah antara aspek kritikal bagi menjayakan program imunisasi ini.

Jelasnya, TNB bersama-sama dengan pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set janakuasa di pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

“Set-set janakuasa bergerak TNB juga bersedia untuk digerakkan serta-merta ke lokasi PSV dan PPV bagi memastikan tindakan pantas boleh diambil.

"Selain penyelenggaraan aset dan ketersediaan pasukan teknikal, TNB turut menyediakan dua saluran perhubungan khusus (talian khas) kepada pusat penyimpanan vaksin bagi membolehkan komunikasi pantas dengan TNB jika berlaku gangguan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya orang ramai menyedari sebarang kejanggalan pada pepasangan TNB atau ingin melaporkan gangguan bekalan boleh menghubungi talian TNB CareLine 15454.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!