Bekas ADUN Labu meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Bekas ADUN Labu, Datuk Muhamad Shahlan Shaid, 69, meninggal dunia pada 11.15 pagi tadi, di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) akibat sesak nafas.

Perkara tersebut telah disahkan oleh adik Allahyarham, Redjuan Shaid,64.

Katanya, abangnya itu dimasukkan ke HTJ pada Ahad lalu selepas kesihatannya merosot.

"Abang saya kerap keluar masuk hospital sejak akhir-akhir ini kerana lumpuh akibat strok 11 tahun lalu.

"Ahad lalu dia dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam, sesak nafas dan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis dan buah pinggang," katanya.

Redjuan berkata, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gadong Jaya, di sini, selepas solat Asar.

Muhamad Shahlan yang dilahirkan di Kampung Pelegong, Batu 8, Labu, meninggalkan isteri Datin Rosliah Abu, 67, dan sembilan anak.

Beliau merupakan ADUN Labu selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Yang Di Pertua DUN dari 1999 hingga 2004. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!