PN disaran keluar kenyataan rasmi selari dengan pendirian kerajaan

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

SHAH ALAM - Parti komponen yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) disaran mengeluarkan kenyataan selari dengan pendirian kerajaan sekiranya secara rasmi menyokong PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua parti yang membentuk kerajaan tersebut wajar memberi fokus untuk membantu rakyat dalam situasi yang mencabar.

“Buktikan setiakawan dengan menjadi kawan yang setia.

“Kita telah tekad untuk membina penyatuan ummah, mari kita buktikan.

“Pemimpinlah yang menggerakkan rakyat agar bersatu, bukan rakyat menyuruh pemimpin bersatu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Tindakan UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu bukan lagi rahsia apabila kedua-dua parti berkenaan mengesahkan perkara itu dalam kenyataan pada Khamis.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat yang dikeluarkan setelah mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Janda Baik, Pahang itu menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan parti itu hanya akan bekerjasama dengan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, Pas mengulangi pendirian untuk terus memperkasa Muafakat Nasional dan mempertahan PN di semua peringkat bagi meneruskan agenda memperkukuh perpaduan ummah yang menjadi asas kerjasama parti itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!