Harga minyak Brent, WTI cecah rekod tertinggi

No Image Caption
A
A
A

HARGA niaga hadapan minyak Brent dan West Texas Intermediate (WTI ) terus meningkat, melonjak ke tahap tertinggi sejak 8 Januari 2020, susulan keputusan OPEC + untuk tidak meningkatkan pengeluaran, menurut data pasaran terbaru, lapor Agensi Sputnik.

Brent diperdagangkan melebihi AS$68 setong dan WTI diperdagangkan melebihi AS$65 setong buat kali pertama sejak 8 Januari 2020.

Sehingga 11 pagi waktu Moscow, niaga hadapan Mei minyak Brent menokok 1.99 peratus kepada US$68.07 setong, manakala niaga hadapan April minyak mentah WTI meningkat 1.82 peratus kepada AS$64.96 setong, dan melonjak kepada AS$65 beberapa minit kemudian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!