UMNO Perak tekad pertahan kerusi tradisi PRU nanti

Saarani Mohamad (kiri) menyampaikan barang keperluan untuk melakukan kerja-kerja sanitasi kepada Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Farizul Anuar (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Sanitasi Covid-19 Peringkat Parlimen Lenggong di Masjid Al Nur Lawin, Lenggong hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

LENGGONG - UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan dari parti lain seperti Pas untuk sama-sama diangkat sebagai sebuah kerajaan negeri yang stabil.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kolaborasi sihat dan matang tanpa pertelingkahan itu perlu jika ingin mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat, bukannya saling bercakaran antara satu sama lain.

“Kita alu-alukan mereka yang ingin bekerjasama dan berkolabarasi dalam PRU. Untuk menang bersama-sama, kena ada keikhlasan, bukannya membunuh satu sama lain atau berkelahi. Jangan pula tubuh cawangan baharu dan curi ahli UMNO. Saya tahu apa yang berlaku di beberapa tempat.

“Yang ingin berkolaborasi, janganlah curi ahli dan jangan bertanding di tempat tradisi UMNO. Jangan runtuhkan, robek dan rosakkan apa yang kita sudah bina. Ini mesej jelas dari UMNO Perak,” kata Menteri Besar Perak itu selepas melancarkan program sanitasi Covid-19 di Masjid Al Nur Lawin, di sini kira-kira 60 km dari bandar raya Ipoh.

Hadir sama Ahli Parlimen Lenggong yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!