Kes bunuh isteri: Terdapat kesan lebam pada mayat mangsa

Keadaan tempat mayat wanita berkenaan yang ditanam selepas dipercayai ditembak mati oleh suaminya di kawasan ladang di Bandar Penawar, Johor Bahru.
Keadaan tempat mayat wanita berkenaan yang ditanam selepas dipercayai ditembak mati oleh suaminya di kawasan ladang di Bandar Penawar, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh wanita yang meninggal dunia dipercayai ditembak oleh suaminya dengan senapang angin di Taman Saujana Kota Tinggi di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik bagi menentukan kes berkenaan.

"Laporan awal bedah siasat mendedahkan bahawa terdapat kesan lebam pada badan mangsa.

"Beberapa butir logam timah dipercayai peluru daripada senapang angin turut ditemui di beberapa bahagian badan termasuk dada dan perut mangsa," katanya di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan mengenai misteri kehilangan wanita berusia 38 tahun itu yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Saujana, Kota Tinggi sejak Isnin lalu.

Misteri berkenaan terjawab dengan penemuan mayat mangsa di dalam tong air biru di sebuah kawasan ladang serai di Bandar Penawar di sini pada Khamis.

Lebih menyayat hati, ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan empat tahun itu dipercayai ditembak mati oleh suaminya berusia 43 tahun ketika sedang tidur menggunakan senapang angin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini berkata, pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, susulan laporan kehilangan wanita berkenaan yang dibuat oleh jirannya, suami wanita terbabit yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan rakannya berumur 32 tahun ditahan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh isteri: Polis masih siasat motif cemburu

Angkara cemburu, suami tembak mati isteri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!