Medac, SKM bakal lancar Pelan TransKom 2021-2025

Wan Junaidi menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan oleh Agensi di bawah Medac di Hospital USM, Kubang Kerian pada Sabtu.
Wan Junaidi menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan oleh Agensi di bawah Medac di Hospital USM, Kubang Kerian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan melancarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025 dalam masa terdekat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelan transformasi itu sebagai usaha meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sektor koperasi.

“Tindakan ini selaras dengan saranan kerajaan supaya operasi perniagaan koperasi pada masa kini lebih mudah.

“Kualiti koperasi yang didaftarkan lebih baik agar sasaran sumbangan perolehan koperasi kepada ekonomi negara berjumlah RM100 bilion menjelang tahun 2030 dapat dicapai,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kenyataan itu sempena Majlis Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan oleh Agensi di bawah Medac di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

Pada majlis sama, Wan Junaidi berkata, MEDAC dan SKM bertekad merancakkan kembali aktiviti Ar-Rahnu dalam kalangan masyarakat dan koperasi bertepatan dengan tindakan Pindaan Akta Koperasi yang dikuatkuasakan pada 1 Mac lalu.

Menurutnya, seramai 20 orang diperlukan untuk mendaftarkan koperasi baharu berbanding 50 orang sebelum ini.

“Secara tidak langsung ia bakal memudahkan penubuhan sesuatu koperasi untuk menceburi aktiviti Ar-Rahnu iaitu pembiayaan bercagarkan barang emas atau barang gadaian yang dilihat dekat di hati rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Aktiviti Ar-Rahnu dapat membantu memudahkan individu atau anggota koperasi mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ia juga sebagai modal pusingan perniagaan kepada mana-mana usahawan bumiputera terutamanya atau anggota koperasi sendiri,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!