Ditembak depan mata anak

Arwah yang selesai disembahyangkan di masjid berkenaan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol, di sini. (Gambar kecil: Muhamad Arif)
Arwah yang selesai disembahyangkan di masjid berkenaan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol, di sini. (Gambar kecil: Muhamad Arif)
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 18 tahun menjadi saksi kejadian yang melihat sendiri bapanya ditembak dari jarak dekat oleh lelaki tidak dikenali dalam insiden di bengkel milik mereka di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U, Sungai Golok, Selatan Thailand, malam tadi.

Muhamad Arif Putra Sulaimi, 18, berkata, dia ketika itu berada di bengkel berkenaan bersama bapanya, Sulaimi Mat Ali, 54, bersama pekerja mereka, Muhammad Shahrul Aiman Mohd Abdul Aziz, 18, sedang membaiki kereta pelanggan kira-kira jam 8.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia maut di tembak di Golok

Muhammad Arif Putra yang berdiri paling dekat dengan bapanya melihat dua lelaki bermotosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh datang dan berhenti di hadapan bengkel itu.

"Pemboncengnya kemudian turun dari motosikal itu dan mengacu pistol ke arah bapa dalam jarak kira-kira 10 meter.

"Ayah sempat bertanya 'gapo dio ni? (nak apa ni)' kepada lelaki itu, tapi secara tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan.

"Saya tengok mereka tembak di bahagian perut dan kiri, bahu kanan bahu dan pipi," katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Muhammadi, di sini, sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!