Papan tanda hospital terbakar

Papan tanda Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri terbakar pada Sabtu.
Papan tanda Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri terbakar pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - Sebuah papan tanda di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di sini terbakar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian jam 10.07 malam itu melibatkan papan tanda yang berada di luar bangunan di tingkat empat.

Menurutnya, ketika kejadian pengawal keselamatan yang bertugas telah mengambil tindakan awal dengan membuka pintu bilik dan menutup suis papan tanda.

"Terdapat asap tebal memenuhi ruang bilik tersebut. Hasil pemeriksaan, cermin tingkap di ruang bilik mempunyai kesan bakar.

"Kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

"Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!