Muhyiddin tunai umrah
MAKKAH - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan umrah di sini pada Sabtu (Ahad di Malaysia) diberi peluang memasuki Kaabah.
Isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan umrah pada Ahad.
Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula Sabtu atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Perdana Menteri dan isteri selesai menunaikan umrah pada jam 10 malam, Sabtu (3 pagi Ahad waktu Malaysia). - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: PM tiba di Jeddah mulakan lawatan rasmi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!