Guna duit i-Sinar 'kenduri' pil kuda

Seorang lelaki berusia 41 tahun tidak sedarkan diri selepas 'kenduri' pil kuda menggunakan duit i-Sinar KWSP.
Seorang lelaki berusia 41 tahun tidak sedarkan diri selepas 'kenduri' pil kuda menggunakan duit i-Sinar KWSP.
A
A
A
JELI - Keghairahan seorang lelaki 'kenduri' pil kuda menggunakan duit i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berakhir di lokap apabila dia dicekup anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jeli, di Kampung Lakota, di sini, pada Sabtu.

Lebih mengejutkan lelaki berusia 41 tahun itu ditahan AADK Jeli dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas menelan lapan biji pil kuda sekaligus.

Ketua Pegawai AADK Jeli, Mohd Aris Fadzillah berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada keluarga suspek.

"Selepas beberapa jam kemudian, suspek yang tersedar dan masih berada dalam keadaan bingung

sempat bertanya kepada kami di mana dia berada," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, selepas diberitahu berada dalam tahanan AADK suspek terus terkejut.

Beliau berkata, AADK Jeli amat kecewa dengan tindakan suspek yang tergamak menyalahgunakan wang tersebut untuk tujuan tidak berfaedah.

Mohd Aris berkata, kebiasaannya seseorang penagih hanya menggunakan sebiji sahaja pil kuda untuk setiap kali pengambilan.

Katanya, bagaimanapun lelaki itu bertindak luar jangka dengan mengambilnya sebanyak lapan biji sekaligus.

Artikel Berkaitan:

"Disebabkan pengambilan yang luar biasa itu, dia tidak sedarkan diri malah meracau," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!