DAP beri kerjasama politik jika bermanfaat kepada rakyat

Guan Eng (tengah) menyempurnakan perasmian pembukaan Pusat Khidmat DAP DUN Malim Nawar di Taman Malim Nawar, Ipoh pada Ahad.
Guan Eng (tengah) menyempurnakan perasmian pembukaan Pusat Khidmat DAP DUN Malim Nawar di Taman Malim Nawar, Ipoh pada Ahad.
A
A
A

IPOH - DAP mengambil pendirian tunggu dan lihat sebelum membentuk apa juga sokongan dan kerjasama politik dalam penubuhan sesebuah kerajaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mana-mana keadaan yang memberi kelebihan kepada rakyat, maka perkara itu yang akan diberi pertimbangan serius.

Mengambil contoh situasi di Perak, katanya, sokongan diberikan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) kepada UMNO setelah melihat impak kepentingannya kepada rakyat.

"Di Perak, ada satu kedudukan di mana kita boleh perolehi manfaat kepada rakyat. Kelebihannya apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberikan agihan peruntukan sama rata.

"Ketika ini pun kita nampak suhu (politik) di Perak dah turun sikit, sebab itu kita ambil ia sebagai kayu ukur. Jadi kita ambil pendirian tunggu dan lihat mana-mana yang boleh berikan kelebihan kepada rakyat, itu yang akan diberi pertimbangan dengan serius," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan Pusat Khidmat DAP DUN Malim Nawar di Taman Malim Nawar di sini pada Ahad.

Guan Eng (kiri) bersama Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menurunkan tanda tangan sebagai gimik perasmian pembukaan Pusat Khidmat DAP DUN Malim Nawar di Taman Malim Nawar, Ipoh pada Ahad.
Guan Eng (kiri) bersama Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menurunkan tanda tangan sebagai gimik perasmian pembukaan Pusat Khidmat DAP DUN Malim Nawar di Taman Malim Nawar, Ipoh pada Ahad.

Sementara itu, Guan Eng berkata, pergolakan politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak memberi kelebihan kepada mana-mana parti pun termasuk PH sendiri.

"Kelebihan boleh datang kemudian, tetapi akhirnya terpulang kepada rakyat yang tentukan. Paling penting sekarang kita kena buat dan teruskan kerja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian UMNO untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!