Remaja Palestin meninggal dunia selepas ditembak Zionis
GAZA CITY - PALESTIN. Seorang remaja Palestin meninggal dunia empat hari selepas ditembak tentera Zionis dalam pertempuran di sempadan Gaza.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra dalam kenyataan memberitahu Hasan Nabil Nofal, 17, meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas ditembak.
“Remaja itu terkorban ekoran kecederaan parah selepas ditembak timur kem pelarian Al-Breij pada Jumaat lalu,” katanya.
Menurut jumlah terkini kementerian itu, seramai 266 rakyat Palestin termasuk lebih 45 kanak-kanak maut ditembak tentera Israel sejak protes besar-besaran bermula pada 30 Mac lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!