Sayangi diri sendiri, jadi insan hebat dan bahagia: Permaisuri Agong

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan setiap wanita supaya menyayangi dan menghargai diri sendiri untuk menjadi seorang insan yang hebat dan bahagia.

Seri Paduka Baginda bertitah, wanita perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri serta keluarga kerana seorang wanita yang bahagia akan mampu membawa kebahagiaan kepada semua orang di sekelilingnya.

“Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH SWT itulah istimewanya kita wanita,” titah Seri Paduka Baginda menerusi video yang dimuat naik di laman sosial rasmi Istana Negara sempena sambutan Hari Wanita pada Isnin.

Jelas Seri Paduka Baginda, kekuatan wanita terserlah ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara kini apabila mereka mampu bangkit serta cekal mengatasi sebarang cabaran, sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita tahun ini - Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.

“Di sinilah kita melihat kekuatan seseorang insan yang bergelar wanita. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dan cekal serta berjaya keluar daripada cabaran tersebut,” titah Tunku Azizah.

Seri Paduka Baginda turut menyeru supaya masyarakat menghargai wanita, menyayangi, menghormati dan berlemah lembut dengan golongan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!