Raja Perlis terima penghargaan Universiti Fatoni

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan mendengar taklimat daripada Rektor Universiti Fatoni Dr Ismail Lutfi Japakia (tiga, kanan) ketika meninjau model peta universiti selepas merasmian Bangunan Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Fatoni, Thailand, semalam. - Foto Bernama
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan mendengar taklimat daripada Rektor Universiti Fatoni Dr Ismail Lutfi Japakia (tiga, kanan) ketika meninjau model peta universiti selepas merasmian Bangunan Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Fatoni, Thailand, semalam. - Foto Bernama
A
A
A

PATTANI - Kerjasama kerajaan negeri Perlis dalam membangunkan syiar Islam di selatan Thailand mendapat penghargaan Universiti Fatoni di sini apabila menamakan bangunan Fakulti Al-Quran dan Sunnah universiti itu sebagai Majma Sirajuddin Jamalullail Perlis.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merasmikan bangunan yang diberi nama sempena nama baginda itu semalam.

Bangunan berharga THB20 juta (RM2.3 juta) itu adalah hasil sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketika merasmikan bangunan itu ,Raja Perlis bertitah bahawa amalan berwakaf berperanan penting kepada pembangunan ummah termasuk bidang pendidikan tinggi.

"Sekiranya diurus tadbir secara sistematik, dana wakaf dapat berperanan membangunkan sesebuah institusi pengajian tinggi,” tambah baginda.

Menurut baginda, ia sekali gus membantu meningkatkan tahap ekonomi negara dan menzahirkan keindahan Islam seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.

Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar, Mesir yang diasaskan oleh Kerajaan Fatimiyah dan dibangunkan semula oleh Kerajaan Mesir adalah model kecemerlangan wakaf pendidikan tinggi yang dibanggakan oleh seluruh dunia, titah baginda

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Artikel Berkaitan:

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Rektor Universiti Fatoni, Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!