Wang bantuan TSM untuk pengajian anak
JELI - Mangsa kebakaran di Jalan Hospital di sini berhasrat menggunakan wang bantuan yang diterima dari Tabung Serambi Mekah (TSM) untuk memenuhi keperluan pengajian anaknya.
Mangsa, Mohd Ali Dollah, 66, berkata, itu antara keutamaanya ketika ini selepas segala keperluan pengajian anak perempuannya, Nor Nabila Mohd Ali, 25 musnah dalam kebakaran rumah mereka semalam.
"Komputer riba, pakaian dan semua keperluan pengajiannya musnah, jadi kena sediakan semula sebab dia akan sambung pengajian tak lama lagi.
"Terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan hari ini serta keprihatinan semua pihak terhadap kami," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Mohd Ali sebelum itu menerima sumbangan TSM yang disampaikan Penyelia DUN Ayer Lanas, Mustapha Deris bersama Ketua Jajahan, Nik Raisnan Daud.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!