Isteri Susilo hidap kanser darah
SINGAPURA - Isteri presiden ke-6 Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), Ani Yudhoyono disahkah menghidap kanser darah.
Beliau didiagnos penyakit itu ketika dirawat di Hospital Universiti Singapura sejak Sabtu lalu.
Berita penyakit itu turut disampaikan secara langsung oleh SBY melalui rakaman video.
"Dengan rasa prihatin, saya sampaikan kepada para sahabat di tanah air, Ibu Ani mengalami blood cancer atau kanser darah," katanya.
Susilo yang sentiasa berada di sisi isterinya turut meminta orang ramai mendoakan supaya Ibu Ani sembuh.
"Atas nama Ibu Ani dan keluarga besar SBY, saya mohon doa para sahabat agar ALLAH SWT memberikan kesembuhan kepada isteri Ibu Ani atau Kristiani Herawati Sarwi Edhie Wibowo supaya beliau dapat kembali menjalankan kegiatan harinya di tanah air," ujar SBY. - Tribunnews
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!