Korea Selatan setuju tanggung kos tentera AS

Aktivis antiperang menuntut Seoul supaya berhenti menanggung kos tentera AS di Korea Selatan semasa protes di luar Kementerian Pertahanan pada tahun lalu. - AFP
Aktivis antiperang menuntut Seoul supaya berhenti menanggung kos tentera AS di Korea Selatan semasa protes di luar Kementerian Pertahanan pada tahun lalu. - AFP
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) secara prinsipnya sudah mencapai persetujuan mengenai sumbangan Seoul terhadap kos kehadiran pasukan AS di Semenanjung Korea.

Kementerian Luar Korea Selatan bagaimanapun tidak memperincikan jumlah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara.

"Kedua belah pihak kini komited untuk menyelesaikan beberapa isu teknikal berbaki secepat mungkin," kata kementerian.

Sebelum ini, pentadbiran bekas Presiden Donald Trump meminta Seoul menyumbang sebanyak AS$5 bilion (RM20 bilion) setahun iaitu kenaikan mendadak lima kali ganda daripada jumlah sumbangan terdahulu.

Berdasarkan perjanjian tahun 2014 yang berakhir pada tahun 2019, Seoul menyumbang sekitar AS$920 juta (RM3.7 bilion) setahun untuk menampung 28,500 tentera AS di Korea Selatan.

Perjanjian baharu yang bakal dimeterai oleh Seol-Washington kelak bagaimanapun perlu mendapat lampu hijau daripada badan perundangan Korea Selatan.

Kesepakatan itu dicapai ketika Seoul dan Washington menyambung semula latihan ketenteraan tahunan mereka pada Isnin yang tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Latihan selama sembilan hari yang dijalankan dalam skala kecil itu turut mencetuskan kemarahan Korea Utara. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!