Letupan di Kashmir cederakan 12 pelajar
![Pelajar yang cedera dikejarkan ke hospital Kakpora.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/02/13/185402.jpg)
SRINAGAR - INDIA. Sekurang-kurangnya 12 pelajar cedera dalam kejadian letupan misteri di sebuah sekolah persendirian di selatan Kashmir, hari ini.
Polis berkata, kejadian berlaku di Narbal dalam daerah Pulwama kira-kira jam 2.30 petang (waktu tempatan).
Tiada kehilangan jiwa dilaporkan dan polis masih menyiasat punca letupan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!