MN Selangor tolak jawatan PeKT

Noh (duduk dua dari kanan) dan Ahmad Yunus (duduk dua dari kiri) membuat kenyataan bersama menolak jawatan PeKT sebagaimana agihan ditetapkan KPKT baru-baru ini.
Noh (duduk dua dari kanan) dan Ahmad Yunus (duduk dua dari kiri) membuat kenyataan bersama menolak jawatan PeKT sebagaimana agihan ditetapkan KPKT baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) Selangor bersolidariti menolak pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) sebagaimana agihan ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, Pas menolak jawatan PeKT dengan tidak mencalonkan nama, bagaimanapun UMNO yang menghantar nama sebelum ini turut mengambil keputusan sama untuk menolak jawatan PeKT yang ditawarkan sebagai tanda solidariti terhadap Pas.

Katanya, kedua-dua parti terbabit berpendapat jawatan dalam kerajaan bukanlah tawar-menawar tetapi lebih kepada menjaga kebajikan rakyat.

"Malah jawatan itu bukan dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!