Lawatan Rasmi

No Image Caption
A
A
A

Dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi, ketibaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman di ibu negara itu disambut oleh Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

Baginda secara peribadi datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di sini untuk menyambut sendiri Muhyiddin dan isteri setiba mereka dari Madinah pada jam 8.25 malam, Isnin (1.25 pagi Selasa, waktu Malaysia).

Kesudian Putera Mahkota Arab Saudi itu menyambut sendiri Muhyiddin di lapangan terbang itu adalah di luar jadual.

Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin kini dalam hari ketiga lawatan rasmi selama empat hari ke negara itu atas undangan Raja Arab Saudi, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud dengan kemuncaknya ialah pertemuan dengan baginda secara maya di Istana Al Yamamah di sini, esok. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

JBPM Tinjau Keadaan Banjir

No Image Caption
GALERI

Pulau Andaman

No Image Caption
GALERI

Amaran Hujan Berterusan

No Image Caption
GALERI

Peralihan Monsun Timur Laut