Pelajar biadab dengan guru boleh berdepan tindakan undang-undang

Sebelum ini tular sekeping gambar di media sosial Facebook yang dimuat naik oleh seorang individu yang memaparkan dua pelajar lelaki dipercayai calon SPM yang baharu selesai menduduki peperiksaan menaiki motosikal dengan pakaian sekolah mereka diconteng perkataan kesat. (Gambar kecil: Shafien)
Sebelum ini tular sekeping gambar di media sosial Facebook yang dimuat naik oleh seorang individu yang memaparkan dua pelajar lelaki dipercayai calon SPM yang baharu selesai menduduki peperiksaan menaiki motosikal dengan pakaian sekolah mereka diconteng perkataan kesat. (Gambar kecil: Shafien)
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar sekolah menengah yang berkelakuan biadab dengan melontarkan kata-kata kesat kepada guru sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, individu yang terlibat boleh berdepan tindakan bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

"Nasihat saya kepada pelajar sekolah menengah supaya tidak berkelakuan biadab sebagaimana yang tular sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud.

Menurutnya, tidak wajar seorang guru dilemparkan dengan kata-kata kurang sopan sebagaimana berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, polis berharap semua pihak termasuklah ibu bapa dapat menyemaikan rasa cinta dan hormat pada guru yang memberikan ilmu.

Sebelum ini tular sekeping gambar di media sosial Facebook yang dimuat naik oleh seorang individu yang memaparkan dua pelajar lelaki dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baharu selesai menduduki peperiksaan menaiki motosikal dengan pakaian sekolah mereka diconteng perkataan kesat.

Perkongsian itu meraih lebih 2,000 komen selain dikongsi lebih 7,000 orang dengan rata-ratanya melahirkan rasa marah terhadap perbuatan pelajar itu menghina guru yang mendidik mereka selama ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!