Pemandu maut lori terbabas

Keadaan lori yang dipandu mangsa remuk di bahagian depan selepas terbabas di KM30, Jalan Gerik - Jeli, hari ini.
Keadaan lori yang dipandu mangsa remuk di bahagian depan selepas terbabas di KM30, Jalan Gerik - Jeli, hari ini.
A
A
A

GERIK - Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas di KM 30, Jalan Gerik - Jeli di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa, Abdul Halim Mat Noor, 51, yang berasal dari Padang Serai, Kedah, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli.

"Setibanya di tempat kejadian, dipercayai lori yang membawa muatan habuk simen itu telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu, hari ini. - Foto: JBPM Perak
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu, hari ini. - Foto: JBPM Perak

"Akibat kemalangan itu, pemandu tersepit dalam kenderaan terbabit dan khidmat bomba dipanggil untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!