PBB terima surat Myanmar minta campur tangan asing: Jurucakap

Tunjuk perasaan dilakukan di Mandalay, Myanmar bagi membantah rampasan kuasa tentera Myanmar baru-baru ini. - Foto AP
Tunjuk perasaan dilakukan di Mandalay, Myanmar bagi membantah rampasan kuasa tentera Myanmar baru-baru ini. - Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima surat daripada Myanmar yang meminta campur tangan asing untuk menamatkan kekerasan yang dilakukan tentera negara itu, lapor Sputnik.

Perkara itu disahkan Jurucakap PBB Stephane Dujarric pada Isnin.

Minggu lalu, Utusan Parlimen Myanmar ke PBB, Dr Sasa, mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres meminta Majlis Keselamatan PBB campur tangan di bawah komitmen Tanggungjawab untuk Melindungi (R2P).

R2P memberi bayangan bahawa campur tangan tentera asing sebagai langkah terakhir untuk mencegah jenayah kekejaman besar-besaran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!