Pakar kecantikan mabuk rempuh sekatan jalan raya

Sebuah kereta jenis Toyota Harrier yang dipandu wanita ditahan dan beberapa peralatan di sekatan jalan raya yang rosak selepas dilanggar pemandu wanita di Tol Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.
Sebuah kereta jenis Toyota Harrier yang dipandu wanita ditahan dan beberapa peralatan di sekatan jalan raya yang rosak selepas dilanggar pemandu wanita di Tol Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan seorang wanita kerana memandu di bawah pengaruh alkohol hingga merempuh peralatan sekatan jalan raya di Tol Damansara di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai pakar kecantikan di Puchong itu menaiki kenderaan jenis Toyota Harrier.

"Beberapa peralatan telah mengalami kerosakan antaranya papan tunjuk arah, lampu biru dan kon warna oren.

"Wanita berusia 32 tahun itu kemudiannya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk menjalani ujian pernafasan alkohol," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, hasil ujian pernafasan mendapati wanita terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, suspek telah diberi jamin polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!